Sejadah Lipat






Anda pasti perlukan Sejadah lipat serba boleh ini untuk membaca Al Quran sesama menunggu azan isyak di masjid. Jika anda sudah habis solat terawih, bacalah Al Quran, sakit belakang pun kurang sebab ada tempat menyandar. Jadi tak payah la cari mana-mana dinding untuk baca Al Quran pula. Sejadah ini boleh berikan sokongan pada bahagian belakang.
Cubalah Order sekarang tak mahal pun... mudahkan anda untuk tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim yang suka membaca Al Quran. 

RM50 saja - Poslaju Bergantung pada lokasi


Klik Add To Cart Untuk Check Out Di lelong.com
Kami adalah penjual yang jujur mendapat rating tinggi dalam Lelong Seller sentiasa menepati janji. 



 

We also have our shop at
Lelong - http://www.lelong.com.my/merchant/feredea.htm 
11 Street - http://www.11street.my/store/feredea

So, we are trustworthy reseller with 100% positive feedback from a satisfied who willing to give us ratings via lelong online profile seller.



Kelebihan Baca Al Quran
Al-Qur'an adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam pada bulan Ramadhan. Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, bulan Ramadhan adalah kesempatan yang paling berharga untuk emperbanyakkan membaca al-Qur'an, samaada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih-lebih lagi sehingga menamatkan (khatam) bacaan 30 juz al-Qur'an.

Ini kerana orang yang membaca al-Qur'an akan mendapat rahmat dan limpah kurniadari Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya: "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah (al-Qur'an) dan tetap mendirikan sembahyang sertamendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterang-terang, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya)." (Surah Faatir: Ayat 29-30)

Menyentuh mengenai amalan membaca al-Qur'an, Al-Imam an- Nawawi Rahimahullah Ta'ala menegaskan di dalam kitabnya al- Adzkar bahawa hari-hari yang terbaik membaca al-Qur'an ialah pada hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari 'Arafah (9 Zulhijjah), sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Manakala bulan terbaik adalah bulan Ramadhan.

Fadhilat Membaca al-Qur'an

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam banyak menyebut dalam hadis-hadis Baginda tentang faedah dan fadhilat membaca al- Qur'an itu, antaranya ialah:

1. Pembaca al-Qur'an hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan memeliharanya dari kegelapan.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu:Maksudnya: "Bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah Ta'ala (al-Qur'an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya di hari Qiamat."(Hadis riwayat Ahmad)

2. Pembaca al-Qur'an memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:Maksudnya: "Sesiapa yang membaca al-Qur'an dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibubapanya mahkota di hari Qiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan (al-Qur'an) ini?"(Hadis riwayat Abu Daud)

3. Pembaca al-Qur'an memperolehi kedudukan yang tinggi dalam syurga. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: "(Ketika masuk syurga) dikatakan kepada orang yang (sentiasa membaca dan beramal dengan) al- Qur'an: "Bacalah (al-Qur'an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil (tidak cepat) sebagaimana engkau membacanya dengan tartil di dunia (mengikut tajwid). Sesungguhnya kedudukan darjatmu (di Syurga) sehingga pada akhir ayat yang engkau baca, (darjat-darjat syurga mengikut bilangan ayat-ayat al-Qur'an)." (Hadis riwayat Abu Daud)